TAN SRI AZMAN HASMIN (AmBank Group)
Tan Sri Azman Hashim, satu nama besar industry perbankan dan
pengerusi AmBank Group, adalah seorang seorang yang tidak mudah
diperlekehkan. Ketika berusia 14 tahun, beliau menamatkan Senior
Cambridge di Methodist Boy’s School di Sentul, Kuala Lumpur. Pemegang biasiswa Yayasan Colombo itu kemudian melanjutkan pelajaran
ke Australia dan pulang sebagai akauntan bertauliah sebelum umurnya
mencecah 21 tahun.
Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak dan memaksa Datuk Syed Kechik Syed Mohamed menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan melunaskan hutangnya, Azman menyelamatkan keadaan dan mengambilalih firma itu dan menjadi syarikat induknya. Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah, disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau memohon tempoh seminggu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas firma tersebut.
Lahir di Kuala Lumpur, beliau adalah yang pertama dikalangan 13 adik
beradik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bapanya
seorang pembantu pejabat di Lembaga Letrik Negara ( LLN ) ketika itu dan
ibunya, seorang guru, adalah ibubapa yang mengawal ketat anak mereka,
terutama di bidang pelajaran.
Seorang yang “tak tau duduk diam”, Azman sering mencari seseuatu yang
mencabar dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau
menganggapnya sebagai terlalu “rutin”. Dia mudah gelisah selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia
(BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk membentuk firma perakaunan
Azman and Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang yang
amat baru dan tidak ramai pengamalnya.
“Tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia
adalah kelas dua. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu
membuktikan tanggapan itu salah” kata beliau.”tahun-tahun awalnya
memanglah sukar tetapi tanpa saya sedari, ia memang menyeronokkan.”
Dengan reputasinya sejak bertugas di BNM, perniagaannya mula
meningkat. Menjelang 1970, firmanya ditukar nama kepada Azman Wong
Salleh & Co makin kukuh, membabitkan empat rakan kongsi dan lebih
100 pekerja. Azman pula sudah memikirkan perkara yang lain. Kerana itu,
apabila ditawarkan jawatan ketua pegawai eksekutif
Malayan Banking Bhd ( Maybank) yang menghadapi beberapa masalah ketika
itu, azman serta merta menjual kepentingannya dalam firma perakaunan
berkenaan dan menjadi ahli bank sepenuh masa walaupun langkah tersebut
mengurangkan pendapatan bulanannya sebanyak 50 peratus. Sepanjang 10
tahun bersama Maybank, beliau berjaya membuka rangkaian
bank yang terbesar di Asia Tenggara, memperkenalkan system perkomputeran
dan akhirnya mengasaskan apa yang kini menjadi bank yang terbesar di
Malaysia.
Pada awal 1970an, beliau mula mengumpul kekayaan menerusi
sektor hartanah dan pulangan pelaburan di bursa saham yang ketika itu
melonjak naik. Pada waktu itu juga, beliau menganggotai lembaga pengarah
banyak
syarikat dan terbabit dengan penubuhan Pernas International Bhd. Pada
1980, beliau mengambil kesempatan dengan memberi satu blok saham Kwong
Yik Bank Bhd tetapi meletak jawatan kerana tidak mahu menjadi pemegang
saham minority bank berkenaan. Oleh kerana dirasuk oleh demam
keusahawanannya, beliau mula membeli
satu persatu kepentinagn firma besar. Pada 1982, beliau membeli 40
peratus saham Taiping TEXTILES (kini AMDB Bhd) dan 100 ekuiti
Arab-Malaysia Development Bank Bhd ( kini AmMerchant Bank Bhd). “Taiping
Textiles akan kekal dalam kenangan” Azman pernah berkata. “itulah
pendedahan awal saya di dunia korporat.” Sebagaimana kata pengarang buku
Ethnicity and the Malaysian Economy,
James Jusudason: “Azman sebenarnya kurang berminat dengan tekstile
tetapi menggunakannya sebagai asas korporat untuk mengumpul kekayaan.”
Hari ini empayar Tan Sri Azman Hashim di bawah firma terbitan awam
Arab-Malaysia Corporation Bhd meliputi kewangan, hartanah, pembuatan dan
penyiaran, dengan beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Pada
Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian Business
sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang paling kaya di Negara ini
dengan anggaran aset bernilai RM543.6 juta. Di satu segi, beliau
bolehlah dianggap sebagai seorang yang Berjaya. Bagi kebanyakan orang,
jutawan sepertinya harus berehat, makan angin dan bersenang lenang.
Tetapi bagi Azman, beliau sukakan cabaran di bidang itu. “Ini bukan
soal wang, kalau nak ikutkan, dah lama saya bersara.” Katanya. “selepas
dapat satu atau dua juta ringgit, memanglah dah cukup.”
“Usahawan adalah orang yang cukup optimistik. Kita akan sentiasa rasa
tercabar untuk mencuba benda yang lebih susah. Makin besar sesuatu
cabaran, makin kuatlah kita berusaha. Saya akan cuba mendapatkan apa
yang diidamkan. Saya tidak boleh berfikiran tertutup.” Apa yang dikecap memang ada onak durinya. Disamping terselamat
daripada nahas jalan raya pada 1989, beliau turut mengharungi dua detik
getir, salah satu daripadanya hampir memusnah empayernya. Yang pertama berlaku pada pertengahan 1980an. “Ia betul-betul sukar,”
katanya. Saya memang tidak pernah menghadapi kemelesetan seperti itu.”
Berikutan pembelian dan pembesaran Taiping Textiles dan Arab Malaysia
Development Bank ketika itu, beliau memikul hutang yang amat besar. Pada
ketika itu penganalisis menganggarkan hutangnya menjangkau di antara
RM350 dan RM400 juta. Ibu pejabat Arab-Malaysian juga dibuka di Kuala Lumpur ketika itu.
Untuk menarik minat penyewa, beliau terpaksa menawarkan sewa serendah
RM1.50 sekaki persegi berbanding RM5, disamping tiga bulan sewa percuma.
Beliau bagaimanapun berjaya keluar dari kemelut kewangan itu dan
menerajui perniagaannya menjadi antara kumpulan perbankan terunggul di
Malaysia. Begitupun, beliau sering terkenang detik, lebih-lebih lagi
tentang ‘bank yang suka mengutip hutang; daripada membantu
pelanggangnya. “Ketika poket kita baik, ramai yang datang menawarkan
pinjaman,”
katanya. “Nasib baik ketika itu, ada bank yang memahami masalah saya.”
Kira-kira sedekad kemudian, Azman dan kumpulannya terjebak dangan
satu lagi masalah- krisis ekonomi Asia 1997. “kita sedang ditimpa
masalah,”katanya ketika itu. “Kita masih mencatat keuntungan, tetapi
keuntungan ini akan berkurangan.”
Kemerosotan pasaran hartanah, peningkatan hutang tidak berbayar dan
hutang lain turut menggoncang kumpulan perbankan beliau. Ujian paling
besar ialah apabila firmanya hampir diserapkan di bawah Affin Holding
Group mengikut program penggabungan Bank Negara. Tetapi apabila jumlah
kumpulan bank induk ditambah daripada 6 kepada 10, kumpulan beliau
kembali cergas. Beliau terus merangka penubuhan kumpulan kewangan terbesar di
Malaysia berikutan penggabungan MBf Finance dengan Arab-Malaysian
Finance Bhd, kini dikenali sebagai AMFB Holding Bhd. Sebagaimana sifatnya, Azman tidak akan menyerah kalah kepada cabaran
demikian. “Saya tak bertolak ansur dengan kegagalan. Cuba tunjukkan saya
bank mana yang tidak dibebani masalah hutang dan saya akan tunjukkan
pula sebuah institusi yang langsung tidak mengamalkan kaedah perbankan.”
Pada Jun 2002, beliau mengilhamkan nama baru – AmBank Group- dan
warna korporatnya yang baru;merah yang melambangkan kekayaan dan kuning
keemasan yang menunjukkan kesungguhan dan kesepakatan, bagi memulakan
era baru korporatnya. Sebagaimana kata seorang ahli bank asing: “Kumpulan perbankan Azman
Berjaya keluar dari kemelut dan kini muncul sebagai kumpulan yang harus
disegani”. Kejayaan AmBank Group banyak dikaitkan dengan kebijaksanaan
dan ketetapan keputusan yang dibuatnya. “Azman mempunyai kemampuan mengenal pasti sesuatu perkara dengan
cepat.” Kata Patrick Low, bekas pengarah eksekutif AHB. “ Bank banyak
membabitkan perjanjian dan urusan diatas kertas. Sebab itulah beliau
sering menghadap kertas yang bertimbun, tetapi beliau mampu
mengatasinya.” Ciri-ciri ini ialah satu keperluan bagi Azman dalam sifatnya
pengurus yang meneliti semua dokumen, daripada pinjaman korporat
sehinggalah wang untuk maksud derma. “Saya percaya dengan keputusan yang
cepat dan tepat” katanya. “Jika kita bertangguh, semuanya terjejas
kerana akhirnya akan kembali ke meja saya. Sebab itulah pelanggan
mendapat jawapan secepat mungkin. Ini menjadikan kita cekap. Sebarang
cadangan dan buah fikiran baru dapat diketengahkan dan dilaksanakan
secepat mungkin. Kami seboleh-bolehnya ingin mengurangkan karenah
birokrasi dalam urusniaga.”
Azman sering ‘meneropong’ pekerjanya sehinngga ke peringkat paling
bawah. “Beliau amat teliti dengan kewangan. Setiap kali kami membuat
sesuatu, kami cuba menjimatkan kos dan meningkatkan mutu,” kata seorang
pekerjanya. Dalam politik beliau ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah menjadi
Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno
Selangor pada 1970an. Beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan
tempatan dan
antarabangsa, anataranya anugerah Asia’s Banker of the ear oleh Asean
Business Forum dan Manager of the Year 1995 oleh Harvard Business School
Alumni Club, Malaysia. Walaupun sentiasa sibuk, bapa kepada lima anak
ini tahu cara untuk
berehat. “Kita perlu meluangkan masa untuk hobi kita…ini penting,”
katanya. “Kerja memang sentiasa menunggu, jadi kita harus pandai
mengimbanginya.”
Selain
penglibatan beliau yang luas dalam peranan awam dan sosial, Tan Sri
Azman juga Pro-Canselor Universiti Terbuka Malaysia sejak 2005 dan Ahli
Panel Penasihat Antarabangsa, Bank Negara Malaysia, Pusat Antarabangsa
bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF).
Beliau juga adalah Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia,
Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia, Yayasan Kepimpinan Perdana,
Institut Bank-Bank Malaysia dan Presiden, Malaysia Persatuan
Selatan-Selatan, Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun dan Kawan Persatuan
Penjara.
Beliau juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC, Institut
Kewangan Asia dan baru-baru ini, Asia Perbankan School Sdn Bhd.
Rujukan:-
http://ambank-deltatech.blogspot.com/p/blog-page_25.html
http://utarccis.blogspot.com/2013/10/entrepreneurial-talk-series-tan-sri.html
https://www.ambankgroup.com/en/AboutUs/InvestorRelations/AnnualReports/Documents/2010/Eng/12_Profile%20of%20Directors.pdf