10 Jutawan Kesihatan Dan Kecantikan


Puan Rozita Ibrahim – Pengasas Produk Sendayu Tinggi


  Nama Lengkap: Rozita Bte Ibrahim
Tempat lahir: Sungai Besar, Selangor
Model: Honda Boon Siew
Bapa Pekerjaan: Guru Sekolah Agama
Pekerjaan ibu: Surirumah
Bilangan Anak: 5 Orang
Adik-Beradik: tertua dari 6 beradik


                    Sudah berusia 47 tahun dan mempunyai 8 orang anak, susuk tubuh Rozita masih langsing seperti anak dara.  Seorang yang sangat berdedikasi dalam membina empayar perniagaannya, Rozita sanggup bersengkang mata dan adakalanya hanya tidur tiga jam setiap malam demi untuk memajukan perniagaannya.  Merupakan Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd dan Jamu Ratu Malaya Sdn Bhd, Rozita tidak pernah menjadikan kesibukan menguruskan dua syarikat sebagai alasan untuk mengabaikan kesihatan dan kecantikan, malah begitu teliti dalam pemilihan makanan yang berkhasiat dan berkualiti.Dia memperuntukkan sejumlah wang untuk mengambil makanan tambahan lain termasuk vitamin dan spirulina, gingko keluaran syarikatnya sendiri, Sendayu Tinggi.
                    Kejayaan Rozita dan syarikat Sendayu Tinggi tidak terjadi dalam sekelip mata.  Dia yang terkenal dengan kisah silam nya yang dipenuhi kedaifan dan serba kekurangan, pernah menoreh getah semata-mata kerana ingin mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya.  Akibat ketiadaan wang untuk membeli susu, dia juga pernah memberi bayi kecilnya minum air sirap bagi menggantikan susu.  Dugaan dating bertimpa-timpa apabila ditakdirkan anak keduanya pergi meninggalkan dunia dalam usia yang masih muda.  Ketika anaknya itu sakit, Rozita pernah menampal badan anaknya dengan daun-daun kayu bagi menggantikan ubat yang dia sendiri tidak mampu untuk membeli pada ketika itu.  Dengan hanya bermodalkan RM400, dia memulakan perniagaan Sendayu Tinggi dengan menjadikan herba sebagai sandaran. 

Pada mulanya dia hanya menjual produk herbanya dari rumah ke rumah.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga akhirnya Rozita menubuhkan syarikatnya sendiri, Sendayu Tinggi Enterprise pada tahun 2000.Kini Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Properties& amp; Management Sdn Bhd, ST Advertising Agency Sdn. Bhd, C Max Exhibition& amp; Promotion, Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn Bhd, Ethnique Food Industries Sdn Bhd, ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.  Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.



Datin Ira Abdul Ghani – Pengasas Produk Aura Seri


 


Datin Ira atau nama sebenarnya Nor Zaina Abd Ghani merupakan seorang gadis biasa yang berasal dari kampung.  Dia banyak merantau untuk mencari pengalaman hidup.  Sama seperti Rozita, Datin Ira juga pernah mengharungi kehidupan yang amat pahit pada usia mudanya.  Semua ini tidak dijadikan penghalang untuknya terus berjaya. Berkahwin pada usia yang muda juga bukan penghalang dan berkat sokongan suami dan minat yang mendalam kepada kecantikan membuatkan beliau berani menceburkan diri dalam bidang kecantikan ini. Tanpa berbekalkan sebarang pinjaman dan bantuan wang ringgit, beliau dan suami memberanikan diri untuk menceburi bidang ini.

Datin Ira memperoleh Diploma Kecantikan in Alternative Medicine di Universiti Terbuka Antarabangsa, Calcutta India, dan kini merupakan pengarah Eksekutif Positive Image Resources dan pengasas Kosmetik Aura Sri. Nor Zaina juga pernah tersenarai dalam Anugerah Mentor menerusi program Peruncitan Mara, finalis Wanita Ikon 2007 anjuran majalah Wanita dan tercalon dalam Glamorous Woman 2007 oleh majalah Glam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm#ixzz2kUfhpFR3                 Apabila ditanya tentang matlamat hidupnya, dia ingin melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera terutamanya wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan.  Dia juga mahu menjadi ikon dan inspirasi kepada wanita-wanita agar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.  Impiannya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Aura Seri untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, khususnya dari aspek pendidikan, kebajikan dan lain-lain.  Bak kata pepatah rezeki tidak datang bergolek. Berkat kesungguhan dan motivasi diri yang tinggi ianya terbukti membawa kejayaan dan kini dia sudah berjaya bergelar ‘Jutawan Kosmetik’.

 

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman pengasas produk D’Herbs


 

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage. PERKEMBANGAN TAHUN 2012

Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana kami telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.

Kami juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.

D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan kami juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.

 

 Dato' Stapa Hj Omar- Pengasas DCL




De Classic Life (DCL) diterajui oleh Pengasas yang merupakan sepasang suami isteri yang berpengalaman sebagai pengedar, pihak pengurusan syarikat MLM, jurulatih MLM, Motivator dan perunding MLM dan juga berpengalaman dalam perniagaan konvensional.

Pengasas 1 ~ En. Stapa Hj Omar

Peneraju utama sebagai Executive Chairman dan juga pengarah jurulatih dan pemasaran. Terlibat secara langsung sebagai jurulatih dan motivator syarikat serta bertanggungjawab merangka pelan tindakan dan strategi pemasaran

Pengasas II ~ Pn Azlina bt Che Abdullah

Pengarah kewangan dan ketua jurulatih kecantikan. Beliau berpengalaman luas di dalam bidang kecantikan dan mempunyai rangkaian perniagan berasaskan kecantikan.

Mereka berjaya menerajui beberapa syarikat besar seperti D’ Navechee, DCL, DAS Travel, Nasi Dagang Ulik Mayang dan DCL Manufacturing.

 



PENGASAS HERBA PRIMA MARKING- DR ROZMEY


 



 

 PENGASAS AL-JABBAR PRODUK - Mohd Kamaruzaman Che Hussain




Walaupun memiliki perniagaan produk berasaskan herba dengan jualan berjuta ringgit setahun, Mohd Kamaruzaman Che Hussain, Ketua Eksekutif Al-Jabbar Herbs Sdn Bhd masih mengekalkan kesederhanaan dalam semua aspek kehidupannya.Mungkin, pengalaman mengharungi pelbagai kesukaran ketika baru bertapak dalam dunia perniagaan sembilan tahun lalu menjadikan beliau begitu.Ketika memulakan perniagaannya, Mohd Kamaruzaman yang kini berusia 35 tahun pernah diperkecilkan kerana taraf pendidikannya yang hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ramai juga yang meragui produk herba yang dihasilkannya. Namun berkat kesungguhannya, Al-Jabbar kini mengeluarkan 14 produk herba merangkumi produk kesihatan dan kecantikan yang bukan saja dipasarkan di seluruh Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Brunei.
                Malah salah satu produk keluarannya, Jabbar Hidayah HB Plus, iaitu tonik untuk hati akan diuji secara klinikal di Pusat Penyelidikan Kimia, sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan, bagi membolehkannya dikategorikan sebagai ubat moden, sekali gus dapat dipasarkan di pasaran global.Bagi Mohd Kamaruzaman, melihat kepada kejayaannya hari ini, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana memberinya kekuatan menempuh pelbagai cabaran ketika memilih menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Katanya, jika dikenang kembali zaman sukarnya dulu, mungkin orang lain tidak sanggup melaluinya.Selepas melakukan pelbagai kerja sebaik menamatkan peperiksaan SPM, termasuk di bahagian hiasan hotel dan pembantu mekanik, beliau membuat keputusan pada 1996 untuk merantau sehingga ke Indonesia untuk belajar daripada beberapa pakar dalam bidang herba.
Al-Jabbar Healthcare adalah salah satu daripada anak syarikat Al-Jabbar Group, sebuah syarikat berasaskan penjagaan kesihatan alternatif memulakan operasi sejak 5 Ogos 2008. Di terajui oleh Kamaruzaman Che Hussain Pengasas dan juga CEO Al-Jabbar Group. Berbekalkan 10 tahun pengalaman dalam perniagaan, Al-Jabbar semakin dikenali ramai melalui produk mesin terapi medan elektrostatik Dr.Jism dan juga Family Dr. Dua " Killer Product" ini mendapat sambutan yang sangat hebat di serata Malaysia dan termasuuk juga di Brunei dan Indonesia. Sekarang Al-Jabbar sedang mengembangkan sayapnya ke seluruh Malaysia, Indonesia serta Asia Barat. Al Jabbar Healthcare mempunyai beberapa produk berkualiti yang telah mendapat pengiktirafan didalam dan diluar negara kerana keberkesananya menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dengan kaedah alternatif seperti mesin terapi DR.JISM, FAMILY DR.,Al Jabbar Luxury Therapysm dan DR.JISM 10SERIES.

NAMA: Mohd Kamaruzaman Che Hussain
UMUR: 35 tahun
ASAL: Jalan Atas Paloh, Kota Bharu, Kelantan
JAWATAN: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Herbs Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
ISTERI: Norsusilawati Mohd Akhir
ANAK: Putri Norhidayah (6), Putra Fakrusi Syakirin, (5) dan Putra Adam Haris (1)
SASARAN EKSPORT: Negara OIC sasaran jualan produk Al-Jabbar

 

 

PENGASAS NOUVELLE BEAUTY CENTRE SDN. BHD.-DATUK Sosilawati Lawiya

SEMANGAT kental dan tidak mudah mengaku kalah dimiliki jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, menjadi inspirasi kepada orang ramai terutama wanita untuk berjaya dalam perniagaan seperti dirinya.Kegigihan wanita kelahiran Kampung Sri Medan, Batu Pahat, Johor, ini memang tidak disangkal kerana siapa sangka, tanpa latar belakang pendidikan tinggi dan modal yang terhad, dia berjaya membina empayar perniagaannya sendiri yang kini dianggarkan bernilai jutaan ringgit.Sosilawati tidak kedekut ilmu, idea mahupun wang ringgit dan sepanjang perkenalan mereka, dia selalu menitipkan pesanan jangan segan bertanya jika mempunyai keraguan atau masalah.
 
Fakta angka mengenai Sosilawati:
·         Anak keenam daripada 12 beradik.
·         Pernah bersama adiknya, Rosnani Lawiya, menoreh getah seluas dua hektar bagi membiayai yuran tuisyen pengajian dan tambang bas sebanyak RM20 sebulan.
·         Sosilawati pernah bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya selama 18 bulan sebelum menjadi kerani hotel.
·         Pada usia 21 tahun, Sosilawati berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik bagi membantu keluarganya.
·         Dia berkahwin dengan seorang pengurus bank, pada usia 21 tahun dan bercerai 12 tahun kemudian.
·         Hasil perkahwinan berkenaan, dia dikurniakan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.
·         Memulakan perniagaan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, pengedar produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) dengan pinjaman bank sebanyak RM200,000 pada 1994.
·         Selepas 10 tahun, NV dikatakan mempunyai lebih 300 stokis di seluruh negara termasuk Brunei, Singapura dan Thailand.
·         Syarikatnya dikatakan mempunyai aset keseluruhan berjumlah RM6.37 juta, jumlah liabiliti RM5.01 juta dan simpanan yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM1 juta.
·         Untuk tahun kewangan yang berakhir pada 2007, syarikatnya mencatat keuntungan bersih RM183,173 dan mencatat pendapatan RM7.54 juta.
·         Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Jamaludin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash pada 16 November 2006. Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 26 Mei 2009.
·         Kes perceraian berkenaan mendapat liputan meluas apabila dia menuntut kembali RM1.38 juta daripada penyanyi berkenaan.
·         Membina bangunan sendiri di Cyberjaya bagi menempatkan pejabat syarikatnya yang dianggarkan bernilai RM20 juta.


PENGASAS Produk NATASYA – Datin Hajah Muniroh Kasim


 Syarikat Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2004 untuk mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan & penjagaan kesihatan wanita berjenama Natasya. Dengan bermula secara kecil-kecilan pada awal tahun 2000, perniagaan hasil usaha suami-isteri ini berkembang maju sehingga ke hari ini.

Produk Natasya diasaskan oleh Datin Hajah Muniroh Kasim dengan dua produk pada permulaannya iaitu sabun herba dan krim malam yang berasaskan 100% herba. Hasil kajian Datin Hajah Muniroh yang dibantu suami dan kerjasama dengan para saintis, kini terdapat lebih daripada 19 produk jenama Natasya yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ibu pejabat syarikat terletak di Damansara, Selangor yang menempatkan pejabat urusan, jabatan akaun, pemasaran, IT dan latihan. Perancangan yang teliti dan usaha yang gigih membuahkan hasil dan kini Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd telah memiliki kilang sendiri di Sungai Buloh, Selangor yang berstatus lima bintang.

 Kumpulan syarikat:
1.
Bionano Herbs Pharma Sdn. Bhd.
2.
Natasya Resort (Cameron Highlands) Sdn. Bhd.
3. Perwanza Property & Trading Sdn. Bhd.
4. Superb Boat & Limo Services
5. Limpahan Setia Sdn. Bhd.

                          Kini Natasya mempunyai lebih 20 rangkaian produk serta dalam perancangan mengeluarkan produk kosmetik dan set lengkap penjagaan lepas bersalin tidak lama lagi.Suami kepada Datin Muniroh iaitu Datuk Suhaimy yang memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perwanza Enterprise (M) Sdn. Bhd. tidak menoleh ke belakang sejak ditubuhkan pada 2002 meraih kepercayaan 18 stokis di seluruh negara. Mereka  turut menubuhkan Surau Al-Othman di Perlis, Surau Al-Asmah di Sikh, Kedah (mengambil nama ibu dan bapa) yang dilengkapi madrasah menempatkan 35 pelajar, asrama dan rumah mudir. Sebuah lagi surau yang diberi nama Surau Suhaimy al-Muniroh sedang dalam pembinaan menelan kos kira-kira RM500,000 yang bakal dibuka tak lama lagi.



PENGASAS HOUSE OF HEALING – Dato ‘ Prof Dr Hasan Yaacob

Dato’ Prof. Dr. Hassan Yaacob adalah seorang penyelidik perubatan dari Universiti Malaya. Beliau ialah pengasas jenama Healin™ dan Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd. Beliau adalah seorang pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Clinical Pharmacology, Royal of Surgeons of England, London. Beliau memulakan penyelidikan Gamat secara serius di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1990. Beliau telah ditaja oleh IRPA program (Intensive Research in Priority Area, Kementerian Sains & Teknologi dan Alam Sekitar , Malaysia).Ketika ini, produk syarikat itu diedarkan menerusi pengedar bertauliah yang turut diberikan hak menggunakan jenama peruncitan utamanya, “House of Healin”.Syarikat yang kini mempunyai 324 cawangan di seluruh negara dijangka meningkat kepada 400 menjelang akhir tahun ini.Dengan modal RM50,000 beliau membuka makmal sendiri menerusi syarikat yang dikenali sebagai Hexagon Asia Sdn Bhd dengan lima produk dihasilkan untuk tujuan komersial.Jenama “Healin” diperkenalkan pada 1996 yang kekal hingga ke hari ini.Hassan berkata, Healwell Pharmaceuticals akan berpindah ke kilang barunya di Shah Alam tidak lama lagi membabitkan perbelanjaan RM13 juta.
FAKTA: Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd
# Labur RM13 juta berpindah ke kilang di Shah Alam tidak lama lagi
# Jenama Healin untuk produk makanan tambahan
# Jenama AG200 untuk produk penjagaan kulit
# 40 jenis produk di pasaran

Nama: Dato’ Dr. Prof Hassan Yaacob
Asal: Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan
Jawatan: Pengerusi Eksekutif Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd.
Anugerah: Tokoh Maulidur Rasul 2007, Anugerah Sains Hitachi 1995, Anugerah International Union of Pharmacology Award (Montreal) dan Anugerah Pingat Reka Cipta (1994)