Projek Kumpulan
Ciptaan innovasi " MEJA SERBAGUNA "
Ahli Lembaga Pengarah
Dari Kiri CFO:Mohd Rizal , COO: Asrulita , CEO : Mohd Rozee
Projek Inovasi Syarikat
Peranti untuk Internet Berkelajuan Tinggi
Business Card Syarikat
Delivering Innovation
Business Plan
Strategy Is Important!!
Bisnes Plan Perniagaan Bakeri
Peniagaan yang saya ingin ceburi.
Dalam usaha muda saya sudah biasa dengan perniagaan makanan, Perniagaan bakeri menarik minat saya untuk menceburinya. Daripada hasil pemerhatian dan sedikit kajian tentang bakeri ini sangat menguntungkan kerana peniagaan ini masih kurang di Malaysia. Mungkin ia bergitu maju di luar negara.
-->
Dalam usaha muda saya sudah biasa dengan perniagaan makanan, Perniagaan bakeri menarik minat saya untuk menceburinya. Daripada hasil pemerhatian dan sedikit kajian tentang bakeri ini sangat menguntungkan kerana peniagaan ini masih kurang di Malaysia. Mungkin ia bergitu maju di luar negara.
Disini saya sertakan contoh Plan peniagaan Bakeri yang ada di Malaysia.
Rujukan:-
http://businessplan-syukri.blogspot.com/p/contoh-rancangan-perniagaan-restoran.html
http://bakeribrooklyn.com/
Hero to Zero
16:32
Mohd Rizal Bin Abd.Rahman (SX110293CRS04), Mohd Rozee Bin Che Juhan Negara (SX110294CRS04), Update By : Mohamad Asrullita Abdul Taib(SX110272CRS04)
Butik Ariani
Ketika melangkah masuk ke Wisma Jakel di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, kelibat seorang gadis ayu bertudung persis seorang model asyik menggunting kain. Selepas itu dibeleknya kain dan tudung satu persatu. Setiap pelanggan di depan matanya pula pasti tidak terlepas daripada sapaannya – sama ada bertanyakan apa dicari atau meminta kakitangan Jakel membantu pelanggan tadi.
Malah, boleh dikatakan setiap saat atau detik, wanita cantik itu tidak duduk diam, ada saja kerja atau aktiviti dilakukannya. Begitulah rutin harian Farah Haryani Muhammad Philip, pemilik Butik Ariani yang terkenal dengan tudung Ekin
(isteri kepada penyanyi Mawi itu dilantik sebagai Duta Ariani) apabila
sibuk menguruskan perniagaannya bersama suami, Mohamed Faroz Mohamed
Jakel yang juga Pengarah Urusan Jakel.
Sebagai wanita bertuah yang
bersuamikan usahawan terkemuka dalam bidang fabrik, situasi itu
membolehkannya duduk di rumah dan ‘goyang kaki’. Namun kata ibu kepada dua cahaya
mata itu, beliau sedar dirinya bukan daripada keluarga mewah dan bukan
juga hidup susah, kerana itu dia perlu bekerja keras. “Hidup saya adik-beradik
sederhana saja. Meskipun ayah meninggal ketika usia enam tahun, ibu
banyak berkorban mencari rezeki dan membesarkan kami.
“Kini, suami pula bekerja keras
untuk saya sekeluarga. Dia memang kuat bekerja tetapi tidak abaikan saya
dan anak. Lagipun, saya bosan duduk rumah. Jika tolong suami, masa
terluang dapat diisi,” katanya. Ditanya tidakkah statusnya
sebagai isteri kepada ‘bos besar’ atau orang nombor satu dalam Jakel
merendahkan martabatnya apabila bekerja seperti kakitangan lain, Farah
berkata, dia tidak berfikiran begitu.
“Pernah ada pelanggan yang tahu
saya isteri Faroz bertanya kenapa saya perlu bekerja lagi, tetapi saya
jawab, saya lebih suka begini (bekerja seperti kakitangan lain).
“Sebenarnya, saya tidak diajar untuk
mendesak atau menuntut kemewahan. Saya sedar saya bukan daripada
keluarga senang, tetapi kesukaran ibu membesarkan kami memberi
pengajaran berguna kepada saya,” katanya merendah diri.
Di syarikat, Farah lebih selesa
menggelar dirinya ‘Kak Farah’ atau ‘Farah’. Meskipun tidak dinafikan ada
keistimewaan sebagai isteri orang nombor satu, termasuk waktu bekerja,
Farah pulang ke rumah apabila operasi perniagaan tamat jam 8.30 malam –
seperti kakitangan lain. “Saya ke kedai jam 10 atau 11
pagi sehingga kedai tutup. Sabtu dan Ahad pula bukan waktu cuti kerana
pada hari itu ramai pelanggan. Cuti saya antara Isnin hingga Jumaat.
“Suami pula memang sibuk dan
kerap berulang-alik dari Segamat, Johor ke Kuala Lumpur, manakala saya
lebih banyak masa di sini. Begitupun, bila ada kerja luar, kami pergi
bersama dan bawa anak. Jadi, masa itu masa kami sekeluarga,” katanya. Menurutnya, dia bahagia dengan kehidupannya hari ini, apatah lagi didedahkan dengan keadaan itu sejak kecil.
Farah berkata, selepas bapanya,
Muhammad Philip Abdullah, meninggal dunia, mereka adik-beradik
dibesarkan ibu, Khuzaimah Abdullah hasil peninggalan ladang kelapa sawit
bapanya di Batu Pahat.
“Ayah meninggal kerana sakit
tua, namun dia ada ladang kelapa sawit. Ketika ayah bekerja sebagai
pengurus lombong di Seri Medan, kami sekeluarga hidup sederhana. “Namun selepas ayah tiada, emak
terpaksa ambil alih tanggungjawab ayah. Daripada tiada lesen memandu,
emak berjaya memperolehnya.
“Mengenai akademik, emak
mementingkannya, malah dia tidak membenarkan saya bekerja meskipun
ketika menuntut di universiti kerana mahu saya belajar, walaupun dia
tidak berpendidikan tinggi,” katanya yang menjadikan ibunya sebagai
idola. Berikutan penekanan diberi
ibunya, Farah cemerlang dalam akademik sehingga berjaya memasuki
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mengambil jurusan Pengajian
Bahasa Inggeris.
“Sejak kecil hingga besar, saya
dididik untuk belajar sama ada mengaji, pergi tuisyen dan sekolah agama.
Rotan perkara biasa kerana emak mahu kami berjaya. Berkat didikan emak,
saya berjaya ke UTM dan layak mengambil bidang kejuruteraan, namun
kerana emak minat perguruan, saya ambil bidang itu,” katanya. Selepas tamat pengajian, Farah
bergelar pendidik dan ketika menunggu penempatan, dia berkenalan dengan
Mohamed Faroz pada 2002 sebelum kedua-duanya mengambil keputusan
berkahwin pada 2003.
Selepas berkahwin, Farah
bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Tinggi Segamat dan pada
masa sama membantu syarikat suaminya. “Cuti sekolah atau hujung
minggu, saya bantu suami di kedai. Lama kelamaan timbul minat dalam
bidang ini dan pada 2007, saya ambil keputusan berhenti kerja.
“Pada mulanya berbelah bagi
juga, tetapi saya nekad dan yakin dengan keputusan dibuat. Kebetulan
selepas berhenti, cawangan di Masjid India ini dibuka dan saya bantu
suami menguruskan kerja di sini,” katanya. Dalam pada sibuk bekerja,
terdetik idea untuk Farah menghasilkan tudung. Katanya, ramai wanita
yang memakai tudung mahu kelihatan cantik tetapi tidak tahu caranya.
Pada 2008, lahir Butik Ariani
dengan pelbagai koleksi tudung, terutama yang menjadi jenamanya, Tiara.
Meskipun boleh dikatakan baru setahun jagung, lebih 200 koleksi atau
jenis tudung dijual dan butik itu semakin dikenali ramai.
Rujukan
http://usahawan-kreatif.blogspot.com/2010/10/butik-ariani.html
Subscribe to:
Posts (Atom)